Tuesday, February 22, 2011

Adolf Hitler


Adolf Hitler (20 April 1889 - 30 April 1945) adalah seorang perancang yang pintar, pemidato yang hebat dan seorang tokoh politik yang telah menjadi idola di Jerman antara akhir 1920-an dan 1940-an. Beliau terlibat dalam Perang Dunia I tetapi memain peranan penting dalam Perang Dunia II. Beliau terkenal sebagai orang yang berjaya menyatukan penduduk berbahasa Jerman walaupun akhirnya negara itu berpecah kepada dua bahagian iaitu Jerman Timur dan Barat. Kini beliau dilabel oleh kebanyakan orang Barat sebagai orang yang kejam, bengis dan diktator yang gila kuasa.


Sejarah Awal
Pada 6:30 petang 20 April, 1889, beliau telah dilahirkan disebuah perkampungan kecil Braunau Am Inn, Austria berhampiran dengan sempadan Jerman di Bavaria.

Bapanya, Alois Hitler seorang pegawai kastam telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum mengahwini ibu Hitler, iaitu Klara Pölzl. Sebelum melahirkan beliau, ibunya telah melahirkan dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Malangnya, ketiga-tiga anaknya mati pada usia yang muda. Oleh itu, apabila beliau dilahirkan, ibunya telah memanjakannya bagai 'menatang minyak yang penuh'.Pada usia enam tahun, beliau masuk gred pertama di sebuah sekolah awam di Fischlhamberhampiran LinzAustria. Pada tahun yang sama bapanya telah bersara dan dari situ bermulanya zaman kesusahan bagi keluarga Hitler. Bapanya yang biasa dengan disiplin di tempat kerjanya telah cuba untuk mengamalkannya di rumah. Abang angkatnya, Alois Jr., sering dipukul oleh bapanya dan pada umur 14 tahun, dia telah lari dari rumah. Akibatnya, Hitler pula telah menjadi mangsa kezaliman bapanya.

Sewaktu di sekolah rendah beliau telah menunjukkan bakatnya dalam beberapa bidang sepertilukisan dan nyanyian. Malah sewaktu belajar di sebuah sekolah Katolik, beliau pernah menyertai kumpulan koir di situ di mana beliau dipuji kerana suaranya yang merdu. Di samping itu, beliau amat meminati seni reka bangunan dan mampu melakarkan semula sebuah bangunan hanya dengan menggunakan ingatannya. Kegemarannya yang lain ialah membaca buku terutamanya kisah koboi dan Indian dari Amerika Syarikat dan juga kisah perang yang melibatkan Empayar Jerman yang lampau. Namun demikian, beliau sangat lemah dalam mata pelajaran matematik dan juga bahasa.
Oleh itu sebelum melangkah kesekolah menengah, beliau ingin masuk kesekolah berjurusan klasik di mana beliau boleh belajar lebih mendalam tentang lukisan. Namun bapanya membantah, dan mahukan anaknya masuk kesekolah teknik dan menjadi seorang pegawai kerajaan. Oleh itu, Hitler terpaksa akur dengan kehendak bapanya dan memasuk kesekolah teknik. Tetapi beliau sering berselisih dengan bapanya sehinggalah bapanya meninggal dunia secara tiba-tiba pada Januari 1903 akibat pendarahan paru-paru.

Zaman remajanya

Selepas bapanya meninggal dunia, Hitler menjadi seperti "layang-layang terputus tali". Beliau melakukan apa sahaja yang disukainya tanpa menghiraukan orang lain. Grednya semakin menurun dan beliau sering melakukan perkara yang nakal di sekolah dan menentang autoriti guru-gurunya. Semasa di sekolah, beliau hanya meminati dua subjek iaitu sejarah danlukisan. Beliau amat mengkagumi guru sejarahnya, Dr. Leopold Pötsch, yang suka menceritakan tentang perwira-perwira Jerman yang lampau. Pada usia awal remaja beliau amat meminati nasionalisme Jerman dan lukisan serta seni reka.
Sewaktu berusia 15 tahun beliau diserang pendarahan paru-paru suatu penyakit turun temurun dan setahun kemudian meninggalkan alam persekolahan atas alasan kesihatan. Selepas itu beliau membuang masanya berjalan disekitar bandar raya LinzAustria, melawati muziumopera, dan duduk ditebing Sungai Danube sambil bermimpi menjadi seorang pelukis yang terkenal.
Pada usia 17 tahun beliau melawat ibu negara Austria iaitu Vienna. Beliau amat kagum dengan keindahan seni reka bangunan disana seperti opera house dan bangunan Parlimen serta bangunan disekitar Ring Boulevard. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mendaftar di "Vienna Academy of Fine Arts" sebuah sekolah kesenian yang berprestij. Setahun kemudian beliau mengeluarkan wang harta pusakanya untuk tinggal dan belajar di Vienna. Pada masa ini ibunya semakin tenat akibat penyakit barah payudara. Namun cita-cita beliau yang tinggi untuk menjadi seorang pelukis terkemuka telah membuat beliau meninggalkan ibunya sendiri. Walaupun begitu cita-cita beliau musnah apabila gagal dalam peperiksaankemasukan akademi tersebut. Malah beliau telah gagal peperiksaan ini sebanyak dua kali dan tidak berjaya memasuki akademi yang berprestij ini. Kesedihan ini bertambah apabila ibunya meninggal dunia pada Disember 1907.
Selepas kematian ibunya, Hitler masih mencuba nasibnya di Vienna. Dengan gaya hidupnya yang mewah, pendapatan Hitler semakin menurun dan akhirnya beliau terpaksa tidur di bangku taman parkbenches dan bergantung pada derma daripada orang ramai. Kehidupannya yang sengsara ini telah menjadikannya berhati keras dan mempunyai mentaliti untuk terus hidup (survival) dan tiada ruang untuk belas kasihan.
Pada usia 21 tahun beliau mendapat mata pencariannya melalui penjualan gambar-gambar bangunan yang disalin dari poskad. Selain itu beliau mula membaca buku-buku falsafah dari penulis seperti NietzscheHegelFichteTreitschke dan Houston Stewart Chamberlain.
[sunting]Penyertaan dalam Perang Dunia I
Penyertaan Jerman di dalam Perang Dunia I merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh Hitler. Beliau dengan penuh semangat telah menyertai pasukan tenteranya untuk berjuang menentang musuh negara. Tugasnya yang pertama ialah sebagai penghantar perutusan dalam pasukan Infantri Regimen Bavaria ke 16. Beliau terkenal oleh sahabat-handainya sebagai seorang yang licik dan selalu terlepas dari maut. Oleh sebab keberaniannya, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat termasuklah pingat berprestij iaitu "Iron Cross". Tujuan utama Hitler menyertai peperangan ini ialah untuk bersama pasukan tentera yang akan menemui kemenangan yang gemilang. Malangnya, yang sebalik telah berlaku dan Jerman terpaksa mengaku kalah kepada Perancis dan konconya. Jerman telah dihina apabila mereka dipaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada negara Perancis. Ramai rakyat Jerman merasa dikhianati oleh kerajaan sendiri yang mereka anggap telah menikam Jerman dari belakang dan ini termasuklah Hitler sendiri. Beliau amat kecewa kerana negara Jerman yang beliau sanjungi terpaksa tunduk kepada kuasa lain terutamanya musuh ketat mereka iaitu Perancis. (Sila lihat Perjanjian Versailles) Ketika perletakan senjata 'Armistice' ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di hospital. Ketika itu beliau memangku jawatan sebagai lans-kopral.





FUTSAL FUTSAL FUTSAL!!!




Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol

Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar
 berbanding futsal yang agak kecil. 
Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih
 berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. 
Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta
 membuat keputusan dengan lebih cepat. 
Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama
 sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa 
akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan
 penalti kedua
. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang
 secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak,
 Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão,
dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya
bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.
Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi
 peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi
 juga perempuan.

Sejarah

Futsal telah dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan Carlos Ceriani telah mencipta suatu
 versi bola sepak bagi pertandingan di YMCA.[1]
 Di Brazil, versi ini telah dibangunkan di jalanan Sao Paulo, dan akhirnya satu buku peraturan telah diterbitkan.
 Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan,
dan popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah dibentuk di bawah nama
 FIFUSA (Federación Internacional de Fútbol de Salón) pada tahun 1971, bersama-sama dengan Kejohanan Dunia.
 Kejohanan Dunia FIFUSA telah diadakan di São Paulo, dengan tuanrumahnya adalah Brazil menjuarai kejohana
 tersebut mendahului Paraguay dan Uruguay.
 Semakin ramai negara yang menyertainya di Kejohanan Dunia kedua di Madrid pada tahun 1985.[2]
 Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara FIFA dan FIFUSA terhadap pentadbiran fútbol,
 maka FIFUSA telah mencipta nama fut-sal pada tahun 1985.


Futebol Salao Pan2007.jpg

thanks to all

terime kasih kerana sudi melihat blog saye..blog ini terhasil daripada kolabrasi antara saya saiful dan rakan saya iaitu asri.tujuan blog ini diwujudkan kerana kami bukan mat rempit tetapi mat sempit.ha3.